Friday, June 6, 2008

puisi untuk mu


mencari entah apa,
aku hilang dan sesat,
aku lemas tanpa air,
aku lapar dan dahaga,
entah kerana apa....
aku hanya mampu bertahan,
agar aku masih boleh berdiri,
agar kaki ini masih boleh melangkah,
agar tumbukan ku masih padu,
walau aku seorang berjuang,
walau tiada azimat dan tangkal yang ku pegang,
kerana aku masih kuat,
masih mampu menahan arus deras,
menahan dari diri ini terus tenggelam,
aku tidak mahu jenin ku hilang,
tidak mahu ku terus hidup bergini,
kerana ada seseorang telah ku janji,
janjiku tidak akan kulupa,
walau seberat mana,
aku masih mahu melangkah,
jika mampu ku berlari dan terbang,
kerana jenin ku bukan dibumi nyata
dan aku tidak perduli,
kerana aku masih mahu berdiri berjalan berlari dan jika mampu terbang,
dan jika aku jatuh dan terus jatuh,
terima kasih kerana percaya aku,
aku akan cuba bangun walau tempang,
terima kasih atas sokongan,aku akan sentiasa bersamamu walau apa jua orang kata,
kerana kau,
yang aku sayang.

itu janji ku.

No comments: